trick balas dendam

as salam readers...
ha ni ade care macam mane nak balas dendam. tak kisah la sama ada ditinggalkan atau meninggalkan.. hehe.
tapi kalau rasa jahat sangat tak payah la kan? haha.. kesian pulak dia nanti.. huhuu..
usha2 la ye... silakan..


1. Sekali putus, tetap putus! Tiada gunanya kalau menelan ludah sendiri. Apabila kembali pada orang yang sama, ada kemungkinan akan melakukan kesalahan yang sama jugak.


2. Lupakan dia, musnahkan semua kenangan, hapus terus nombor telefon bimbitnya..


3Fikirkan saat2 yang menyakitkan bersamanya. Cara ini akan membuatkan kamu sedar betapa beruntungnya dapat terlepas daripada mimpi buruk ketika masih bersamanya.


4. Minta petunjuk-Nya. Jika sememangnya si dia sudah ditakdirkan untukmu, mohonlah kepada Tuhan agar pertemukan kembali. Tetapi jika sebaliknya mintalah agar dijauhkan darinya. Inilah perkara pertama yang harus dilakukan. Yakinlah, bersama waktu, kamu pasti dapat melupakannya.


5. Tampil lebih menarik. Jangan habiskan waktu dengan bermuram sahaja.


6. Peribadi yang baik. Belajarlah daripada kesilapan2 lalu. Inilah saat paling tepat untuk mengenali diri sendiri. Kalau dulu terlalu banyak waktu yang dihabiskan bersama dia, kini ubahlah semula kehidupan.


7. Jangan sinis. Orang yang sedih cenderung sinis dan prejudis  terhadap orang lain. Jangan lakukan perkara ini, sebab ia boleh mengurangkan daya penarik kamu. Cubalah untuk selalu tersenyum, ok!


8.Sukses! Jangan bertangguh lagi dan rebutlah apa sahaja yang boleh diraih. Kemenangan dan kebahagiaan kamu sebenarnya sudah ada di depan mata apabila kamu bersedia untuk bekerja keras.


*loveishard

No comments:

Post a Comment