as salam readers...
ok pada hari sabtu yang lepas ni 11.02.2012 kat sekolah aku ade buat ceramah motivasi perdana dan aku janji PMR, SPM dan STPM. dan ceramah jemputannye ialah abang raja nih.. mula2 mase tau pasal penceramah ni teringat pulak akak cerita pasal dia bagi ceramah memang best sangat2.
pagi tu malangnya aku terbangun lambat lah pulak, haha.. bangun2 je ayah kejut jate dah pukul 6.15, mne la aq tak menggelabah. :) nasib baik la akak aku ade kat rumah jadi mak suruh mintak tolong akak hantarkan aku pergi sekolah la.. tu pun dari rumah gerak pukul 6.55, redha jela sampai pukul bape pun.. hehe.. sampai sekolah tu pukul 7.25, budak2 ni pun baru je nak pergi daftar kedatangan.. nasib baik la kan.. :D
lepas daftar tu bape minit lapas tu baru la sampai vip ramai2 tuh. tak lame pun mula la..abang raja pun sampai, terus dia bagi ceramah. mula dekat pukul 9 sampai lah pukul 10.30.. memang tak terasa langsung, sebab dia pandai tarik perhatian supaya kita dengar ceramah dia.. mula2 je pun da sedih, cerita pasal dia punya kehidupan.. dia tak ada kaki, tangan pun cacat sikit kat jari tuh.. sebabnya dia lahir sama dengan tarikh kelahiran Rasulullah iaitu pada 12 Rabiul awal.. jadi memang siapa2 lahir pada tarikh tu tak akan lahir dengan sempurna. hanya nabi saja lahir sempurna pada hari tu...
dengar cerita dia mamang sangat2 menyanyat hati, peh tersentuh hati lah. biasa la kan manusia ni kalau ada yang tak sempurna ada saja yang tak puas hati tuh.. banyak la dugaan hidup dia, tapi dia memang seorang yang sangat2 tabah. aku memang tabik spring la kat dia.. mamang susah nak jumpa orang macam dia.. kalau aku nak cari suami pun harap2 la dapt suami macam dia.. syukur sangat2 dah kalau dapat.. insyaAllah.. :)
lepas rehat setengah jam tu sambung balik ceramah dia, sampai lah tengahari.. air mata dah meleleh2 dah ni, bengkak biji mata ni ha.. hehe.. mareena dengan nabilah pun sama jugak,mata pun bengkak.. :) tak boleh nak kalis dah, sebab sedih sangat cerita dia.. sob sob.. huhuu.. budak laki kelas aku pun ada yang meleleh air mata tu, sebak agaknya.. sebab dia pun ada cerita pasal mak ayah dia, sedih je... lepas makan tengahari tu solat dan sambung balik ceramah dia..
dalam ceramah tu dia bagi motivasi sekali, bagi kita semangat. walaupun kita miskin kita tetap jugak boleh berjaya, tak ada siapa boleh halang kita kalau kita nak.. bak kata pepatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' kan? tak lama tu mak ayah yang datang pun duduk kat barisan belakang tuu.. dah habis ceramah dia tu majlis aku janji pulak. mak dengan akak aku pun datang la, hehe..
ni antara nasihat abang raja yang aku sempat salin.. tengok2 la ye...
1.bangun pagi.
- solat subuh, baca doa firdaus ( 4 ayat terakhir surah kahfi )
2. personaliti yang menarik.
3. kurang makan.
- makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
4. jangan mengadu domba.
- sabar je dengan setiap dugaan.
5. baik dengan cikgu / pensyarah.
6. seorang yang kemas dan sistematik.
7. fizikal dan mental yang kuat.
8. tidak mudah putus asa.
9. menerima kekurangan diri.
10. seorang yang amanah.
11. anak yang baik.
12. tidak menyusahkan orang.
13. tidak mudah terkesan denagn kata2 orang lain.
14. pemimpin yang hebat.
15. suka dan tidak malu bertanya.
16. berkawan dengan orang yang baik2.
17. serba boleh.
18. bercita-cita tinggi.
19. tidak mudah lemah semangat.
20. tidak berdendam.
21. suka minta maaf dan memaafkan.
selepas apa yang aku dengar untuk nasihat dia nih, rasa bersyukur sangat2 dapat kenal dengan seorang yang berjaya dan tak lupa tuhan.. dia jugak lah ciri2 yang aku harap dapat jadi suami aku, insyaAllah... doakan aku ye.. :D
em ok lah.. tu saja untuk hari ni, ape2 nanti aku post lagi yek..
boleh la praktikkan nasihat2 dia nih...
k bye..
*loveishard
No comments:
Post a Comment