dua hari yang sangat meletihkan = ='

as salam readers..

hari ni nak cerita pasal kawad kaki pulak, hehe.. sekarang ni dah masuk tingkatan 6 kene la datang setiap hari khamis untuk kokorikulum, biasa la kan nak kena kumpul markah koko pulak untuk tahun ni.. jadi ada la latihan kawad kaki ni. nasib baik la pernah masuk kawad ni, tu pun setakat peringkat sekolah jek. 4 tahun aku masuk kawad ni, adeh. memang penat sangat2, lagi2 kena turun petang hari2 pulak dah.. tapi nak buat macam mana kan, kalau tak ada latihan kang abis berterabur semua dalam barisan. haha..

nak dijadikan cerita, mula latihan pukul 2.30 petang.. yang kelakar tu, ada la yang datang lambat jadi tak pasal2 kena denda. muka masing2 macam nak ketawa, tapi tak boleh. kang kena panggil sorang2 pergi depan kang susah la pulak.. :)  tak lama tu terus mula latihan, kali ni buat kat luar sebab ada latihan ping pong kat dalam dewan tu.. peh memang bahang sangat cuaca petang tu. terik sangat2, dalam kasut rasa macam ada bara api jek.. :D  tapi tak apa, sabar jela.. fikir balik kat akhirat nanti lagi panas kan? >,<

orang yang ajar kami tu mamang la sempoi sikit tapi saja dengki kat kami ni.. dah ok dah latihan tapi selagi dia tak puas ati selagi tula tak bagi berenti.. sakit je hati nih.. ggrrr.. !!  tapi nak protes pun kang t dia ngamuk tak pasal la pulak. haha...  yang tak boleh bla tu, ketua kumpulan kami ni salah bagi arahan lepas tu dia suruh cakap kat pokok pisang kat luar pagar tu 'i love u'. hahahaha.. kami pun gelak tak sudah la, tapi kena kalis sikit la, kalau tak nanti dia suruh semua buat macam tu tau. dah lepas cakap tu dia suruh cium pulak daun pokok pisang tu ha... memang kesian la dia tu, tapi nak buat macam mana.. dah salah kan?? hehe

tapi rasa macam lama pulak kali ni, sebab latihan tanpa henti tu...sabar jelah. tapi yang best tu ahli kumpulan kami ni ok2 la semuanya... tak ada la masalah sangat, cuma yang ada pun sorang dua jek. kira okla kan? hehe..  aku pun kena dengki jugak dengan orang JPAM tu, apa2 entah

pukul 5.30 tu dah habis latihan cepat2 la pergi surau terus. mamang lepak habis la, bukak stoking je tengok jari kaki kecut. haha.. panas sangat, sampai putih tapak kaki aku nih. sabar jela..  lepak2 jap, terus solat asar. golek2 dalam surau tuh, hehe.. padahal tak boleh pun. cikgu petang masuk pun buta dek je, boleh tahan jahat jugak la aku ni.. haha. tapi memang penat sangat2, tak tahan dah. lantak la nak jadi apa pun. :D

naik bas petang sampai rumah pukul 7.40 malam. duduk2 jap, solat mandi. tengok tv jap, terus tertidur depan tv. kalau tidur dalam bilik nanti memang tak bangun lah. esok pagi nak pergi sekolah baru tersedar agaknya. 11.30 bangun terus gosok kain sekolah.. semangat la buat kerja sekolah tapi rupa2nya sampai sekolah langsung tak belajar pun. kena rewang la pulak, hehe..

macam2 la buat. kupas kentang, karot, potong2 daun sup la terung.. lama tak merewang rasa macam best la pulak, hehe.. ramai join memang meriah la kan. budak laki lapah lembu, angkat2 periuk belanga semua. masing2 sibuk je buat kerja. aku ni mamang suka la kalau bab rewang2 ni, lagi2 kalau ramai2. memang semangat la, penat pun tak kesah la.. :D  tu pun sampai habis waktu sekolah masih lagi tak siap kerja sebab banyak lagi, terpaksa la tinggalkan jek. bagi budak2 hostel ambil alih la.. hhehe

tu jela cerita kali ni.. :)  esok aku sambung lagi sebab ada benda best yang aku nak cerita. huu...
ok la, bye.. :)

*loveishard

Raja Shamri bin Raja Husin

as salam readers...

ok pada hari sabtu yang lepas ni 11.02.2012 kat sekolah aku ade buat ceramah motivasi perdana dan aku janji PMR, SPM dan STPM. dan ceramah jemputannye ialah abang raja nih.. mula2 mase tau pasal penceramah ni teringat pulak akak cerita pasal dia bagi ceramah memang best sangat2.

pagi tu malangnya aku terbangun lambat lah pulak, haha.. bangun2 je ayah kejut jate dah pukul 6.15, mne la aq tak menggelabah. :)  nasib baik la akak aku ade kat rumah jadi mak suruh mintak tolong akak hantarkan aku pergi sekolah la.. tu pun dari rumah gerak pukul 6.55, redha jela sampai pukul bape pun.. hehe.. sampai sekolah tu pukul 7.25, budak2 ni pun baru je nak pergi daftar kedatangan.. nasib baik la kan.. :D

lepas daftar  tu bape minit lapas tu baru la sampai vip ramai2 tuh. tak lame pun mula la..abang raja pun sampai, terus dia bagi ceramah. mula dekat pukul 9 sampai lah pukul 10.30.. memang tak terasa langsung, sebab dia pandai tarik perhatian supaya kita dengar ceramah dia.. mula2 je pun da sedih, cerita pasal dia punya kehidupan.. dia tak ada kaki, tangan pun cacat sikit kat jari tuh.. sebabnya dia lahir sama dengan tarikh kelahiran Rasulullah iaitu pada 12 Rabiul awal.. jadi memang siapa2 lahir pada tarikh tu tak akan lahir dengan sempurna. hanya nabi saja lahir sempurna pada hari tu...

dengar cerita dia mamang sangat2 menyanyat hati, peh tersentuh hati lah. biasa la kan manusia ni kalau ada yang tak sempurna ada saja yang tak puas hati tuh.. banyak la dugaan hidup dia, tapi dia memang seorang yang sangat2 tabah. aku memang tabik spring la kat dia.. mamang susah nak jumpa orang macam dia.. kalau aku nak cari suami pun harap2 la dapt suami macam dia.. syukur sangat2 dah kalau dapat.. insyaAllah.. :)

lepas rehat setengah jam tu sambung balik ceramah dia, sampai lah tengahari.. air mata dah meleleh2 dah ni, bengkak biji mata ni ha.. hehe.. mareena dengan nabilah pun sama jugak,mata pun bengkak.. :) tak boleh nak kalis dah, sebab sedih sangat cerita dia.. sob sob.. huhuu..  budak laki kelas aku pun ada yang meleleh air mata tu, sebak agaknya.. sebab dia pun ada cerita pasal mak ayah dia, sedih je...  lepas makan tengahari tu solat dan sambung balik ceramah dia..

dalam ceramah tu dia bagi motivasi sekali, bagi kita semangat. walaupun kita miskin kita tetap jugak boleh berjaya, tak ada siapa boleh halang kita kalau kita nak.. bak kata pepatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' kan? tak lama tu mak ayah yang datang pun duduk kat barisan belakang tuu.. dah habis ceramah dia tu majlis aku janji pulak. mak dengan akak aku pun datang la, hehe..

ni antara nasihat abang raja yang aku sempat salin.. tengok2 la ye...
1.bangun pagi.
- solat subuh, baca doa firdaus ( 4 ayat terakhir surah kahfi )
2. personaliti yang menarik.
3. kurang makan.
- makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
4. jangan mengadu domba.
- sabar je dengan setiap dugaan.
5. baik dengan cikgu / pensyarah.
6. seorang yang kemas dan sistematik.
7. fizikal dan mental yang kuat.
8. tidak mudah putus asa.
9. menerima kekurangan diri.
10. seorang yang amanah.
11. anak yang baik.
12. tidak menyusahkan orang.
13. tidak mudah terkesan denagn kata2 orang lain.
14. pemimpin yang hebat.
15. suka dan tidak malu bertanya.
16. berkawan dengan orang yang baik2.
17. serba boleh.
18. bercita-cita tinggi.
19. tidak mudah lemah semangat.
20. tidak berdendam.
21. suka minta maaf dan memaafkan.

selepas apa yang aku dengar untuk nasihat dia nih, rasa bersyukur sangat2 dapat kenal dengan seorang yang berjaya dan tak lupa tuhan.. dia jugak lah ciri2 yang aku harap dapat jadi suami aku, insyaAllah... doakan aku ye.. :D

em ok lah.. tu saja untuk hari ni, ape2 nanti aku post lagi yek..
boleh la praktikkan nasihat2 dia nih...
k bye..
*loveishard

sesuatu yang tak disangka ~~

as salam readers...


hari jumaat yang lalu, 03.02.2012 tu mak serta dua orang akak aku balik kampung sebab ada hal yang perlu diselesaikan.. aku tak ikut pn sebab sekolah., jadi tak boleh lakan.. kalau nak ikut pun lepas ayah habis solat jumaat baru pergi.. tapi tu pun tak jadi jugak sebab cadangnye kawan aku nak datang rumah, nak bincang pasal pembentangan kolokium kumpulan kami.. akhir2 tu batal pulak, sebabnye malas la aku nak bagi tahu... senyap2 je dala...


balik sekolah tu aku pun terus jela tidur, ingatkan nak beri tahu ayah pasal rancangan tak jadi tu.. tunggu lame sangat mate pun tak tahan ngantuk dah.. hehe..... jadi aku pun tidur jela.. tak lame tu ayah pun balik la rumah, tanye bila kawan nak datang.. bila aku cakap tak jadi tu ayah terus la tanye nak pergi kluang tak?? aku pun dengan rasa mengantuk yang membuak-buak tu cakap la tak nak.. tu pn sebab hujan petang tu, malas la nak pergi mane2 kan. kesimpulannya aku dengan ayah aku tak jadi la ikut sekali dyorang balik kampung...


nak dijadikan cerita.. malam tu tengah syok tengok raja lawak, tibe2 mak call.. nak cakap dengan aku pulak tu, padahal ayah yang angkat. pelik jugak, macam ade hal penting jekan.. aku da angkat tu keluar la ayat daripada mulut mak. dye kate "kalau tak da tak jumpa mak lagi dah". peh mase tu hanya tuhan jela yang tahu perasaan aku macam mane kan. memang terkejut sangat2, cepat2 la aku tanye kenape.. mak cakap dyorang excident. aku pun dengan sepantas kilatnye terus tanye macam mane keadaan dyorang tu, mak kate ok je.. tak ade pape, tapi aku yang dengar ni tersangat la risau. air mata dah meleleh dani.. sedih sangat2, tapi syukur sebab tak jadi pape kat dyorang.. :D


lepas letak call tu, aku pun terus la call encik Z. hehe.. sebab menggelabah lakan. nasib baik ade dia..... terima kasih la ye encik Z.. :)   sebab da bagi semangat kat aku, tenangkan sikit hati nih. dengan mate dah bengkak, suare pun macam ade tak de je.. lantak lah, yang penting dapat luahkan perasaan ni.. >,<  sampai tak tahu nak kate ape dah, tak terkeluar perkataan daripada mulut aku ni.. haha


nak beri tahu membe line maxis tak ade lah pulak.. sempat beri tahu nabilah je.. thanks ye sebab dengar masalah aku.. :)   mareena pulak tak sempat aku nak cite malam tu, line ade pun da lambat, secara pastinye mesti dia dah tidur punye.. haha... tapi tak pe, tak nak ganggu pun.. da pagi tu baru aku cite kat dia.. thanks jugak sebab bagi semangat yee.. :)  dan yang penting nak update status kat fb pun tak boleh sebab akak aku bagi lappy  dia kat membe, suruh format balik.. :(


petang tu bru la dyorang selamat sampai rumah dengan jayanya... hehe.. alhamdulillah.. jadi camni citenye.......


jadi, pagi jumaat tu diorang pergi rumah mak long aku dulu kat kluang, tu pun sebab akak ade kerja kat sane kejap. lepas solat jumaat tu dyorang pun bertolak la balik kampung, petang dah sampai.. da selesai hal kat sane tu cadang balik rumah terus, tak sabar la konon balik nak makan nasi ambeng lauk jiran kenduri tapi malangnye tak sempat.......


dalam perjalanan tula kene rempuh dengan kereta lain.. perempuan yang bawa, laki dia duduk sebelah.. akak cakap dia nak belok kanan tapi dia kat line kiri, jadi masa dia nak masuk tu memang langsung tak bagi signal. pastu main suka hati dia je redah macam mak ayah dia punye hak milik kekal la kan.. ee aku  yang dengar ni pun sakit je hati.!! sengal giles.


dah jadi macam tu terus la pergi balai polis buat repot. yang tak boleh blah tu muke perempuan tu memang sebijik nak mintak penampar, sepupu aku yang teman tu pun rase cm nak lempang je muke dia. dengan muke berlagak dia tu, suare pun semestinya berlagak lakan. siap cakap la yang laki dia tu sarjan kat balai polis batu pahat tu, eleh kalau pegawai nak berlagak sampai cm tu sekali taj pela jugak, ni sarjan je kot.. wekk! nak munath aku. ni tak seberapa pun mencanang bagai, ingat orang eran sangat la tuh. huh !


lagi tak boleh blah dia siap tambah cite pulak, konon nak buat dia tak bersalah. tapi yang bernasib baik tu polis kat situ faham, keputusannya dia yang salah. jadi kene la claim insurans kereta akak aku tuh, kang nak bayar sendiri memang la mahal.. dala rosak boleh tahan.. pintu kiri depan belakang tak boleh bukak, kemek pintunye.... memang kesian la akak aku tu.. tapi kereta perempuan tu pun teruk jugak, bumper depan tu sampai tercabut.. hahaa.. eh aku ni ketawe pulak, tak baikk.. hehe. tapi nak wt cmne,dah salah semdiri kan...


yang terkilan sikit tu..... keluarge perempuan tu datang ramai boleh tahan la, mungkin sebab dekat je kat situ jadi ramai la yang datang jenguk kan. tapi sorang pun tak de tegur, baik perempuan yang langgar tu, mak ayah dia... adik beradik dia, punye la berlagak.. hanya Allah jela yang tahu betapa buruknye perangai mereka.. tapi tak kesah la sangat, tak hadap pun orang macam tu nak tegur kita kan? lantak dyorang la.... semoga sedar yang perangai dia tu tak baik..


malam jugak la baru selesai semuanya.. nak balik rumah pun tak jadi, terpaksa la balik semula rumah mak long aku tuu.. nasib baik la ade sepupu aku amik, teman wt repot sekali.. thanks ye abang pai.. :)   kesian dyorang.........


em.... tu jela ceritanya.. jdi korang pun boleh fikir kan perangai manusia zaman sekarang nih.. yang bagus boleh bertahan dengan amanah je, jujur je... cube kalau polis yang akak aku wt repot tu terima cite perempuan tuh, kan da tak pasal akak aku pulak yang kne bayarkan kerosakan kereta dyorang tu.. emm, entah la.. macam2 perangai.


tapi tak kesah la..... yang penting keluarga aku selamat dan baik2 je.. alhamdulillah... thanks Allah.. :D
k la tu je aku nak cite.. bye semua.. :D


*loveishard

trick balas dendam

as salam readers...
ha ni ade care macam mane nak balas dendam. tak kisah la sama ada ditinggalkan atau meninggalkan.. hehe.
tapi kalau rasa jahat sangat tak payah la kan? haha.. kesian pulak dia nanti.. huhuu..
usha2 la ye... silakan..


1. Sekali putus, tetap putus! Tiada gunanya kalau menelan ludah sendiri. Apabila kembali pada orang yang sama, ada kemungkinan akan melakukan kesalahan yang sama jugak.


2. Lupakan dia, musnahkan semua kenangan, hapus terus nombor telefon bimbitnya..


3Fikirkan saat2 yang menyakitkan bersamanya. Cara ini akan membuatkan kamu sedar betapa beruntungnya dapat terlepas daripada mimpi buruk ketika masih bersamanya.


4. Minta petunjuk-Nya. Jika sememangnya si dia sudah ditakdirkan untukmu, mohonlah kepada Tuhan agar pertemukan kembali. Tetapi jika sebaliknya mintalah agar dijauhkan darinya. Inilah perkara pertama yang harus dilakukan. Yakinlah, bersama waktu, kamu pasti dapat melupakannya.


5. Tampil lebih menarik. Jangan habiskan waktu dengan bermuram sahaja.


6. Peribadi yang baik. Belajarlah daripada kesilapan2 lalu. Inilah saat paling tepat untuk mengenali diri sendiri. Kalau dulu terlalu banyak waktu yang dihabiskan bersama dia, kini ubahlah semula kehidupan.


7. Jangan sinis. Orang yang sedih cenderung sinis dan prejudis  terhadap orang lain. Jangan lakukan perkara ini, sebab ia boleh mengurangkan daya penarik kamu. Cubalah untuk selalu tersenyum, ok!


8.Sukses! Jangan bertangguh lagi dan rebutlah apa sahaja yang boleh diraih. Kemenangan dan kebahagiaan kamu sebenarnya sudah ada di depan mata apabila kamu bersedia untuk bekerja keras.


*loveishard

5 syarat untuk bermaksiat

as salam readers... ni ade sesuatu untuk kamu semua.. sila bace ye,, :) 

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.




#copy and paste
*loveishard