its over ~~

as salam readers..

hm tengok tajuk post pn dah boleh agak kan ape yang 'over'  tu. hmm sedih sebenarnye nak ceritaa.. tapi tak pe nak cerita jugak skit, sekadar yang termampu.. semua ni terjadi pada 20 april 2012.

mungkin ini semua terjadi selepas dah tak ada lagi kata sepakat antara kami. tiga tahun bercinta tak bererti semua tu dapat kita pegang sampai ke jinjang pelamin kan. senang cerita mungkin dah tak ada jodoh antara kami, dah tak dapat diselamatkan. kalau kami bersatu pun mungkin tu bila dah jodoh. kalau tak, tak mungkin rasanya kami menyulam kasih lagi *cewahh ayat :p

hm lagi pun masa tu ada banyak masalah yang terjadi, keadaan pun dah kelam kabut. masalah dia, masalah aku lagi. jadi bila aku menyuarakan hasrat untuk memutuskan ikatan, dia dah speachless. tak tau nak kata ape, tau nak bagi respon macam mana *agaknya lahh.

so benda tu jadi macam perkara sampingan je, macam tak penting. aku lagi lah. kalau dia dah senang senang je lepaskan aku, tak kan la dengan senang senang jugak aku nak pergi maenagih simpati dekat dia pulak kan. rasa macam tak tau malu pulak..

and nak dijadikan cerita, lepas berapa bulan tu macam biasa la kan. dia datang semula nak menagih simpati. menagih kasih.. dan bagi seorang yang boleh tahan keras kepala macam aku ni, memang tak lah aku nak bagi peluang. dia dah sedap sedap campak aku, dengan alasan tak boleh fikir secara rasional. amboi sedap betol alasan dia kann. banyak cekadak

sampai sekarang pun aku rasa banyak lagi yang belum settle antara aku dengan dia ni. tak tau lah kenapa. mungkin belum puas nak lepaskan perasaan kat dia. belum puas nak marah apa yang aku tak puas hati kat dia. belum puas nak menangis. sebab sampai sekarang pun kalau aku fikir betol betol sedikit sebanyak mesti meleleh jugak air mata ni. bukan aku nak pun, tak mintak pun. mengalir sendiri, nak buat caneee...

hmm.. tu jela yang dapat aku kongsi, sikit pun bermakna jugak kan. hehe.. yang lain tu aku simpan jela dalam ingatan, kalau hilang pun sebab Allah dah tarik balik ingatan aku :)

Allah bless me and you :)

*loveishard

dua hari yang sangat meletihkan = ='

as salam readers..

hari ni nak cerita pasal kawad kaki pulak, hehe.. sekarang ni dah masuk tingkatan 6 kene la datang setiap hari khamis untuk kokorikulum, biasa la kan nak kena kumpul markah koko pulak untuk tahun ni.. jadi ada la latihan kawad kaki ni. nasib baik la pernah masuk kawad ni, tu pun setakat peringkat sekolah jek. 4 tahun aku masuk kawad ni, adeh. memang penat sangat2, lagi2 kena turun petang hari2 pulak dah.. tapi nak buat macam mana kan, kalau tak ada latihan kang abis berterabur semua dalam barisan. haha..

nak dijadikan cerita, mula latihan pukul 2.30 petang.. yang kelakar tu, ada la yang datang lambat jadi tak pasal2 kena denda. muka masing2 macam nak ketawa, tapi tak boleh. kang kena panggil sorang2 pergi depan kang susah la pulak.. :)  tak lama tu terus mula latihan, kali ni buat kat luar sebab ada latihan ping pong kat dalam dewan tu.. peh memang bahang sangat cuaca petang tu. terik sangat2, dalam kasut rasa macam ada bara api jek.. :D  tapi tak apa, sabar jela.. fikir balik kat akhirat nanti lagi panas kan? >,<

orang yang ajar kami tu mamang la sempoi sikit tapi saja dengki kat kami ni.. dah ok dah latihan tapi selagi dia tak puas ati selagi tula tak bagi berenti.. sakit je hati nih.. ggrrr.. !!  tapi nak protes pun kang t dia ngamuk tak pasal la pulak. haha...  yang tak boleh bla tu, ketua kumpulan kami ni salah bagi arahan lepas tu dia suruh cakap kat pokok pisang kat luar pagar tu 'i love u'. hahahaha.. kami pun gelak tak sudah la, tapi kena kalis sikit la, kalau tak nanti dia suruh semua buat macam tu tau. dah lepas cakap tu dia suruh cium pulak daun pokok pisang tu ha... memang kesian la dia tu, tapi nak buat macam mana.. dah salah kan?? hehe

tapi rasa macam lama pulak kali ni, sebab latihan tanpa henti tu...sabar jelah. tapi yang best tu ahli kumpulan kami ni ok2 la semuanya... tak ada la masalah sangat, cuma yang ada pun sorang dua jek. kira okla kan? hehe..  aku pun kena dengki jugak dengan orang JPAM tu, apa2 entah

pukul 5.30 tu dah habis latihan cepat2 la pergi surau terus. mamang lepak habis la, bukak stoking je tengok jari kaki kecut. haha.. panas sangat, sampai putih tapak kaki aku nih. sabar jela..  lepak2 jap, terus solat asar. golek2 dalam surau tuh, hehe.. padahal tak boleh pun. cikgu petang masuk pun buta dek je, boleh tahan jahat jugak la aku ni.. haha. tapi memang penat sangat2, tak tahan dah. lantak la nak jadi apa pun. :D

naik bas petang sampai rumah pukul 7.40 malam. duduk2 jap, solat mandi. tengok tv jap, terus tertidur depan tv. kalau tidur dalam bilik nanti memang tak bangun lah. esok pagi nak pergi sekolah baru tersedar agaknya. 11.30 bangun terus gosok kain sekolah.. semangat la buat kerja sekolah tapi rupa2nya sampai sekolah langsung tak belajar pun. kena rewang la pulak, hehe..

macam2 la buat. kupas kentang, karot, potong2 daun sup la terung.. lama tak merewang rasa macam best la pulak, hehe.. ramai join memang meriah la kan. budak laki lapah lembu, angkat2 periuk belanga semua. masing2 sibuk je buat kerja. aku ni mamang suka la kalau bab rewang2 ni, lagi2 kalau ramai2. memang semangat la, penat pun tak kesah la.. :D  tu pun sampai habis waktu sekolah masih lagi tak siap kerja sebab banyak lagi, terpaksa la tinggalkan jek. bagi budak2 hostel ambil alih la.. hhehe

tu jela cerita kali ni.. :)  esok aku sambung lagi sebab ada benda best yang aku nak cerita. huu...
ok la, bye.. :)

*loveishard

Raja Shamri bin Raja Husin

as salam readers...

ok pada hari sabtu yang lepas ni 11.02.2012 kat sekolah aku ade buat ceramah motivasi perdana dan aku janji PMR, SPM dan STPM. dan ceramah jemputannye ialah abang raja nih.. mula2 mase tau pasal penceramah ni teringat pulak akak cerita pasal dia bagi ceramah memang best sangat2.

pagi tu malangnya aku terbangun lambat lah pulak, haha.. bangun2 je ayah kejut jate dah pukul 6.15, mne la aq tak menggelabah. :)  nasib baik la akak aku ade kat rumah jadi mak suruh mintak tolong akak hantarkan aku pergi sekolah la.. tu pun dari rumah gerak pukul 6.55, redha jela sampai pukul bape pun.. hehe.. sampai sekolah tu pukul 7.25, budak2 ni pun baru je nak pergi daftar kedatangan.. nasib baik la kan.. :D

lepas daftar  tu bape minit lapas tu baru la sampai vip ramai2 tuh. tak lame pun mula la..abang raja pun sampai, terus dia bagi ceramah. mula dekat pukul 9 sampai lah pukul 10.30.. memang tak terasa langsung, sebab dia pandai tarik perhatian supaya kita dengar ceramah dia.. mula2 je pun da sedih, cerita pasal dia punya kehidupan.. dia tak ada kaki, tangan pun cacat sikit kat jari tuh.. sebabnya dia lahir sama dengan tarikh kelahiran Rasulullah iaitu pada 12 Rabiul awal.. jadi memang siapa2 lahir pada tarikh tu tak akan lahir dengan sempurna. hanya nabi saja lahir sempurna pada hari tu...

dengar cerita dia mamang sangat2 menyanyat hati, peh tersentuh hati lah. biasa la kan manusia ni kalau ada yang tak sempurna ada saja yang tak puas hati tuh.. banyak la dugaan hidup dia, tapi dia memang seorang yang sangat2 tabah. aku memang tabik spring la kat dia.. mamang susah nak jumpa orang macam dia.. kalau aku nak cari suami pun harap2 la dapt suami macam dia.. syukur sangat2 dah kalau dapat.. insyaAllah.. :)

lepas rehat setengah jam tu sambung balik ceramah dia, sampai lah tengahari.. air mata dah meleleh2 dah ni, bengkak biji mata ni ha.. hehe.. mareena dengan nabilah pun sama jugak,mata pun bengkak.. :) tak boleh nak kalis dah, sebab sedih sangat cerita dia.. sob sob.. huhuu..  budak laki kelas aku pun ada yang meleleh air mata tu, sebak agaknya.. sebab dia pun ada cerita pasal mak ayah dia, sedih je...  lepas makan tengahari tu solat dan sambung balik ceramah dia..

dalam ceramah tu dia bagi motivasi sekali, bagi kita semangat. walaupun kita miskin kita tetap jugak boleh berjaya, tak ada siapa boleh halang kita kalau kita nak.. bak kata pepatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' kan? tak lama tu mak ayah yang datang pun duduk kat barisan belakang tuu.. dah habis ceramah dia tu majlis aku janji pulak. mak dengan akak aku pun datang la, hehe..

ni antara nasihat abang raja yang aku sempat salin.. tengok2 la ye...
1.bangun pagi.
- solat subuh, baca doa firdaus ( 4 ayat terakhir surah kahfi )
2. personaliti yang menarik.
3. kurang makan.
- makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
4. jangan mengadu domba.
- sabar je dengan setiap dugaan.
5. baik dengan cikgu / pensyarah.
6. seorang yang kemas dan sistematik.
7. fizikal dan mental yang kuat.
8. tidak mudah putus asa.
9. menerima kekurangan diri.
10. seorang yang amanah.
11. anak yang baik.
12. tidak menyusahkan orang.
13. tidak mudah terkesan denagn kata2 orang lain.
14. pemimpin yang hebat.
15. suka dan tidak malu bertanya.
16. berkawan dengan orang yang baik2.
17. serba boleh.
18. bercita-cita tinggi.
19. tidak mudah lemah semangat.
20. tidak berdendam.
21. suka minta maaf dan memaafkan.

selepas apa yang aku dengar untuk nasihat dia nih, rasa bersyukur sangat2 dapat kenal dengan seorang yang berjaya dan tak lupa tuhan.. dia jugak lah ciri2 yang aku harap dapat jadi suami aku, insyaAllah... doakan aku ye.. :D

em ok lah.. tu saja untuk hari ni, ape2 nanti aku post lagi yek..
boleh la praktikkan nasihat2 dia nih...
k bye..
*loveishard

sesuatu yang tak disangka ~~

as salam readers...


hari jumaat yang lalu, 03.02.2012 tu mak serta dua orang akak aku balik kampung sebab ada hal yang perlu diselesaikan.. aku tak ikut pn sebab sekolah., jadi tak boleh lakan.. kalau nak ikut pun lepas ayah habis solat jumaat baru pergi.. tapi tu pun tak jadi jugak sebab cadangnye kawan aku nak datang rumah, nak bincang pasal pembentangan kolokium kumpulan kami.. akhir2 tu batal pulak, sebabnye malas la aku nak bagi tahu... senyap2 je dala...


balik sekolah tu aku pun terus jela tidur, ingatkan nak beri tahu ayah pasal rancangan tak jadi tu.. tunggu lame sangat mate pun tak tahan ngantuk dah.. hehe..... jadi aku pun tidur jela.. tak lame tu ayah pun balik la rumah, tanye bila kawan nak datang.. bila aku cakap tak jadi tu ayah terus la tanye nak pergi kluang tak?? aku pun dengan rasa mengantuk yang membuak-buak tu cakap la tak nak.. tu pn sebab hujan petang tu, malas la nak pergi mane2 kan. kesimpulannya aku dengan ayah aku tak jadi la ikut sekali dyorang balik kampung...


nak dijadikan cerita.. malam tu tengah syok tengok raja lawak, tibe2 mak call.. nak cakap dengan aku pulak tu, padahal ayah yang angkat. pelik jugak, macam ade hal penting jekan.. aku da angkat tu keluar la ayat daripada mulut mak. dye kate "kalau tak da tak jumpa mak lagi dah". peh mase tu hanya tuhan jela yang tahu perasaan aku macam mane kan. memang terkejut sangat2, cepat2 la aku tanye kenape.. mak cakap dyorang excident. aku pun dengan sepantas kilatnye terus tanye macam mane keadaan dyorang tu, mak kate ok je.. tak ade pape, tapi aku yang dengar ni tersangat la risau. air mata dah meleleh dani.. sedih sangat2, tapi syukur sebab tak jadi pape kat dyorang.. :D


lepas letak call tu, aku pun terus la call encik Z. hehe.. sebab menggelabah lakan. nasib baik ade dia..... terima kasih la ye encik Z.. :)   sebab da bagi semangat kat aku, tenangkan sikit hati nih. dengan mate dah bengkak, suare pun macam ade tak de je.. lantak lah, yang penting dapat luahkan perasaan ni.. >,<  sampai tak tahu nak kate ape dah, tak terkeluar perkataan daripada mulut aku ni.. haha


nak beri tahu membe line maxis tak ade lah pulak.. sempat beri tahu nabilah je.. thanks ye sebab dengar masalah aku.. :)   mareena pulak tak sempat aku nak cite malam tu, line ade pun da lambat, secara pastinye mesti dia dah tidur punye.. haha... tapi tak pe, tak nak ganggu pun.. da pagi tu baru aku cite kat dia.. thanks jugak sebab bagi semangat yee.. :)  dan yang penting nak update status kat fb pun tak boleh sebab akak aku bagi lappy  dia kat membe, suruh format balik.. :(


petang tu bru la dyorang selamat sampai rumah dengan jayanya... hehe.. alhamdulillah.. jadi camni citenye.......


jadi, pagi jumaat tu diorang pergi rumah mak long aku dulu kat kluang, tu pun sebab akak ade kerja kat sane kejap. lepas solat jumaat tu dyorang pun bertolak la balik kampung, petang dah sampai.. da selesai hal kat sane tu cadang balik rumah terus, tak sabar la konon balik nak makan nasi ambeng lauk jiran kenduri tapi malangnye tak sempat.......


dalam perjalanan tula kene rempuh dengan kereta lain.. perempuan yang bawa, laki dia duduk sebelah.. akak cakap dia nak belok kanan tapi dia kat line kiri, jadi masa dia nak masuk tu memang langsung tak bagi signal. pastu main suka hati dia je redah macam mak ayah dia punye hak milik kekal la kan.. ee aku  yang dengar ni pun sakit je hati.!! sengal giles.


dah jadi macam tu terus la pergi balai polis buat repot. yang tak boleh blah tu muke perempuan tu memang sebijik nak mintak penampar, sepupu aku yang teman tu pun rase cm nak lempang je muke dia. dengan muke berlagak dia tu, suare pun semestinya berlagak lakan. siap cakap la yang laki dia tu sarjan kat balai polis batu pahat tu, eleh kalau pegawai nak berlagak sampai cm tu sekali taj pela jugak, ni sarjan je kot.. wekk! nak munath aku. ni tak seberapa pun mencanang bagai, ingat orang eran sangat la tuh. huh !


lagi tak boleh blah dia siap tambah cite pulak, konon nak buat dia tak bersalah. tapi yang bernasib baik tu polis kat situ faham, keputusannya dia yang salah. jadi kene la claim insurans kereta akak aku tuh, kang nak bayar sendiri memang la mahal.. dala rosak boleh tahan.. pintu kiri depan belakang tak boleh bukak, kemek pintunye.... memang kesian la akak aku tu.. tapi kereta perempuan tu pun teruk jugak, bumper depan tu sampai tercabut.. hahaa.. eh aku ni ketawe pulak, tak baikk.. hehe. tapi nak wt cmne,dah salah semdiri kan...


yang terkilan sikit tu..... keluarge perempuan tu datang ramai boleh tahan la, mungkin sebab dekat je kat situ jadi ramai la yang datang jenguk kan. tapi sorang pun tak de tegur, baik perempuan yang langgar tu, mak ayah dia... adik beradik dia, punye la berlagak.. hanya Allah jela yang tahu betapa buruknye perangai mereka.. tapi tak kesah la sangat, tak hadap pun orang macam tu nak tegur kita kan? lantak dyorang la.... semoga sedar yang perangai dia tu tak baik..


malam jugak la baru selesai semuanya.. nak balik rumah pun tak jadi, terpaksa la balik semula rumah mak long aku tuu.. nasib baik la ade sepupu aku amik, teman wt repot sekali.. thanks ye abang pai.. :)   kesian dyorang.........


em.... tu jela ceritanya.. jdi korang pun boleh fikir kan perangai manusia zaman sekarang nih.. yang bagus boleh bertahan dengan amanah je, jujur je... cube kalau polis yang akak aku wt repot tu terima cite perempuan tuh, kan da tak pasal akak aku pulak yang kne bayarkan kerosakan kereta dyorang tu.. emm, entah la.. macam2 perangai.


tapi tak kesah la..... yang penting keluarga aku selamat dan baik2 je.. alhamdulillah... thanks Allah.. :D
k la tu je aku nak cite.. bye semua.. :D


*loveishard

trick balas dendam

as salam readers...
ha ni ade care macam mane nak balas dendam. tak kisah la sama ada ditinggalkan atau meninggalkan.. hehe.
tapi kalau rasa jahat sangat tak payah la kan? haha.. kesian pulak dia nanti.. huhuu..
usha2 la ye... silakan..


1. Sekali putus, tetap putus! Tiada gunanya kalau menelan ludah sendiri. Apabila kembali pada orang yang sama, ada kemungkinan akan melakukan kesalahan yang sama jugak.


2. Lupakan dia, musnahkan semua kenangan, hapus terus nombor telefon bimbitnya..


3Fikirkan saat2 yang menyakitkan bersamanya. Cara ini akan membuatkan kamu sedar betapa beruntungnya dapat terlepas daripada mimpi buruk ketika masih bersamanya.


4. Minta petunjuk-Nya. Jika sememangnya si dia sudah ditakdirkan untukmu, mohonlah kepada Tuhan agar pertemukan kembali. Tetapi jika sebaliknya mintalah agar dijauhkan darinya. Inilah perkara pertama yang harus dilakukan. Yakinlah, bersama waktu, kamu pasti dapat melupakannya.


5. Tampil lebih menarik. Jangan habiskan waktu dengan bermuram sahaja.


6. Peribadi yang baik. Belajarlah daripada kesilapan2 lalu. Inilah saat paling tepat untuk mengenali diri sendiri. Kalau dulu terlalu banyak waktu yang dihabiskan bersama dia, kini ubahlah semula kehidupan.


7. Jangan sinis. Orang yang sedih cenderung sinis dan prejudis  terhadap orang lain. Jangan lakukan perkara ini, sebab ia boleh mengurangkan daya penarik kamu. Cubalah untuk selalu tersenyum, ok!


8.Sukses! Jangan bertangguh lagi dan rebutlah apa sahaja yang boleh diraih. Kemenangan dan kebahagiaan kamu sebenarnya sudah ada di depan mata apabila kamu bersedia untuk bekerja keras.


*loveishard

5 syarat untuk bermaksiat

as salam readers... ni ade sesuatu untuk kamu semua.. sila bace ye,, :) 

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.




#copy and paste
*loveishard

saya takut = =''

as salam readers..


malam tadi aku on9 memang lame.. semangat pula sebabnya ramai kawan on9, jadi da sedap komen2 tu tak sedar pulak jam da pukul 1setengah malam.. mak tak de kt rumah sebab pagi sabtu ni nak kene balik kampung, ubatkan atok yang tengah sakit tuu.. ayah pulak pergi rewang sebab sabtu ni pun ade kenduri kahwin, rumahnye dekat jek..wawa pulak da masuk bilik dah. buat ape entah tuu..


lagi pun malam tadi rase gembira lain macam jek, tak tau la kenape.. pelik jugak, rase macam tak pernah kot rase macam ni.. huuhu..  tanye pada encik Z pn dye pelik jugak, lagi best dye kate nak dapat duit kot.. ahaha.. alangkah bahagianye kalau betol2 dapat duit kan. dala memang tengah sengkek sangat2 nih. = ='  tanye kawan dye pun tak tau kenape, ade benda baik nak jadi agaknye.. tapi yang pastinya Allah lebih tau ape yang akan jadi kan? kita ni hanya mampu menyangka, tapi yang sebenar2nye Allah la yang lebih mengetahui segalanya.. :)


jadi dengan selambanye la aku on9, tak ade sape yang kacau pun.. tapi  bila ayah da balik tu dye marah la pulak. >,< sebabnye da malam tak abis2 asyik layan on9 jek. dari petang tak abis2.. hehe..nak buat macam mane ayah, tak ade keje lain nak buat. keje cuti sekolah pun malas pulak nak buatnye.. aduhai. bila la aku nak siapkan ek, padahal lagi dua hari je cuti nak abis da nih.. ish3.


tak berapa lame tu terpaksa la aku tutup akaun sebab tak nak bagi ayah ceramah panjang lebar pulak.. hehe.. da siap2 masuk  bilik, pakai selimut tu, tibe2 rase macam lain jek.. tak tau la kenape. nak tido pun macam tak sedap hati.. rase takut tibe2 je ade dalam diri ni. bukan takut sebab ape, takut sebab kemungkinan yang aku tak akan bangun lagi untuk selamanya pada esok hari.. mungkin kalau fikir balik macam merepek jekan? tapi hanya oarang yang pernah rase je tau perasaan tu macam mane..


dah rase tak sedap hati sangat2 tu aku pun mesej la encik Z, dye ingatkan aku takut tak dapat bangun. terlepas solat subuh, macaam blur je dye tukan? haha.. sori encik Z... dye kate tu mainan perasaan je, tapi dye tak tau mate aku da bengkak sebab nangis nih.. pedih da mata, basah bantal dengan air mate yang tak seberapa tu.. :D sebabkan rasa tak sedap tu aku pun minta la maaf kat dye kalau ade salah ape2 ke, silap mane yang x kene ke.. dye pn ok je maafkan, siap kate aku tak ade salah pulak kt dye.. haha.. tipu la, mesti ade salah kan, cuma sedar atau tak jee.. 


dan yang tak sangka tu dye pun minta maaf sekali dengan aku, haha.. terbalik pulak kan. tp ok la, same2 minta maaf.. :)  setiap manusia sudah semestinya ade berbuat salah, sama ade dalam sedar atau di luar sedarnye sendiri....


dan malam tadi jugak aku sedar memang banyak sangat dosa dan salah yang aku buat. tu yang nangis2 smpai lebam.haha.. :D rase takut sangat2 macam esok dah tak ade lagi untuk aku.. tapi aku harap sangat2 dapat meminta maaf dan memaafkan kesalahan, tak kesah la sama ada aku yang buat atau orang lain yang buat kesalahan tu kat aku.. harap sangat2 dapat jumpa mak dengan ayah buat kali terakhir. dapat jumpa kawan2 buat kali terakhir. dan jugak harap sangat2 semua yang mengenali aku meredhai pemergian aku.. kirimkan doa untuk aku, mengingati aku...


jadi dah lame2 aku nangis tu mate pun jadi mengantuk la pulak.. mula2 ingatkan tak nak tidur, yela takut tak dapat bangun esok hari.. :)  encik Z pun suruh tidur, nak kene bangun pagi kan.. ye, ok aku turut.. :D  dan yang tak sangkenye, malam tadi aku rase sangat panas, sampia buka kipas la pulak.. padahal kalau nak ikutkan, aku bukan seorang yang suka tahan sangat sejuk ni, tidur pun selalu pakai selimut tw. pelik jugak, rase tak selesa.. yang aku mampu buat istighfar jela banyak2.. harap tak ade ape2 yang buruk akan jadi.


dan alhamdulillah...... umur aku masih panjang. yela, umur panjang ni hikmahnya untuk kita menyedari kesalahan dan kesilapan kita.. semoga masih mampu menginsafi diri.. >,<  sebab tu selalu sangat kita dengar kalau orang yang baik cepat saja kembali ke pangkuan-Nya, mungkin sebab Allah tak nak dye melakukan kesilapan dalam hidupnya. bila fikir balik, orang yang selalu buat jahat tu la makin susah pulak nk meninggal.. itu menunjukkan Allah masih menyayanginya untuk bertaubat. sama ada kita sedar atau tak je, jadi kita kene la cari hidayah-Nya.. semoga kita  tergolong dalam naungan-Nya.. :)


dah macam ceramah pulak aku ni yek, padahal tak ade la baik sangat pun.. tapi tak salah kan kalau kita nasihat menasihati?? nak dengar atau tak, terpulang la awak semua..  harap2 dapat la kita sama2 berubah ke jalan yang lebih baik. insyaAllah.. aamiinn...


*loveishard

renungan bersama sahabatku sekalian..



as salam....renungan ni saya ambil daripada simpanan internet dulu..renungan buat kita bersama terutamanya sahabat saya nabilah dan mareena.. thanks my friends..this is for you..


Tidak mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
Sebelum menemui insan yang betul
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
Tapi sekiranya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hatti pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
Kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersernyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan
Seseorang
Sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
Jadilah apa yang anda inginkan
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan
Dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang yang lain
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
Yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
Mekar dengan ciuman dan
Berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
Sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

Terima kasih…terima kasih…terima kasih….


*loveishard

jangan mengeluh syg..



Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya :
Kenapa aku  diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


Kita bertanya :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya :
Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kita bertanya :
Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)


Kita bertanya :
Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”      (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya :
Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya:
Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata :
Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata:
Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6) 

Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

*loveishard

keramat yg mengecewakan. ~~

as salam readers...
   ok pd 21.01 ritu tu aq g jln2 ngn mmbe2 aq, ika anis ngn sppu aq azri.. xde g mne2 pn, jsco jek sbb sje nk mryp.. hehee.. tp yg pling x puas ati tu aq x ske menunggu ok. jnji kol 10.30 tp last2 kol 11lbh jgk bru amk.. ee pling pntang btol klu org wt aq cmtu..nseb baik la kwn an, klu x mmg da kne bebel da ngn aq ritu.. da smpai tu aq wt dek je, x tegur lgsg tp sempat la gk sindir dye tu (sppu aq la.. )  tp cm bse la, x lme pstu aq jd bse jek. 
  em x lme patu ktorg smpai. xtau nk wtpe anis sempat la blnje aq tgk wayang.. g survey jp de cte ape.. sume cm x best jek, cte mlyu pn ade KERAMAT ngn BUJANG TERLAJAK je..igtkn nk tgk cite JOURNEY 2
tp yg ade 3D jek. cnfrm2 la mhal kan? org da blnje tu pn kire ckup, xkn nk mtk lbih2 pulak.hhuu.. so xde lain tgk jela keramat. kol 1.15,so sblm msuk tu g la mkn papa roti jp.. hhe
   smpai  kt food court tu jmpe lak mmbe lme ngn akk sunior mse dok ostel dlu.. bual2 jp, tnye2 khbar pstu ktorg pn bla la sbb lg 5mnt je cite nk mula..menapak la g wayang, pnug gle org yg de kt jsco tuh. jln2 pn ask brtembung je ngn org, x best. sbnrnye x ske sgt org sesak2 ni, nk jln2 pn ase cm x best lor.. :) tp nk wt cmne, da g mse cuti skola, dkt ngn raya cina pulak tuu..hha..
      tp yg best tu org yg tgk cite keramat tu x ramai, hahaa.. bgs btol, i like sgt2. so da x ramai tu skrin pn bg dkt la lg, ase cm dpn mte jek.  tp yg slah tu plih seat tgh2 pulak, klu tau baik amk seat ats ckt. xdela nk mendongak jek tgk cte tu an tp x kesah la, lyn jek.
   1jam lbh tgk cite tu ase cm skt ati gk la.. igtkn cm best sgt, upenye nth papr je. klu org yg mudah trpengaruh tu boleh rosak akidah woo.. haha. ctenye cm nth pape, ending pn x best. ape nth. m'bazir je kot tgk.
   so ni la antara babak yg ade dlm cite tu, ckt je.. ni pn amk kt google, klu nk tau lbh lnjut tgkla sndri ye... :D


                                        cover dpn cite ni..
                                       antara barisan pelakon..
                                antara babak yg mencuakkan.. >,<
                               last2 sume mati.. hahaha. bengong


k tu jela yg aq amk. tp mmg last tu sume mati.. sbb ape? ha tgk la sndri.. :)
   da abs tgk cite tu, aq ngn anis pn g la mkn kt food court.. lpo woo dr pg x mkn pape pn tw..pnye la lme nk plih mkn ape, last2 aq mkn nasi goreng sweet sour ngn anis mkn nasi goreng sesame.. haha.. plik2 je nme mknan tu. kononnye oder mkn plik2 arap2 la sdp an, yela kt tmpt ktorg ni mne de nme mknan tu.. pstu air pn mnum je ice blended lemon, da mkn2 tu cuci perut la pulak.. :D lme gk lak torg dok kt ctu, cte2 bnde yg jd. lntk la org ramai cmne pn, hehe... 
     da abs tu g kdai bku jp, tgk2 pe yg ade.. cm bse irg ramai gle, yela sbb skrg an musin students gne baucer buku 1msia tu... ciap bwk bakul masing2 tw, aq yg tgk grm jek. yela da aq ni x dpt lg, nk gk shoppg   
bku2 yg aq da lme nk tuu.. tp nk wt cmne, t jela.. :(
  ps bpe jam meryp dlm jsco tu, ktorg pn blik la.. yg best tu trus jmpe mak kt bnda sbb fmly aq g bli barang so ikut jela blik.. ps maghrib bru la blik...jenuh btol satu ari brjln. lepak sgt2, cpt je mln tu aq tdo. hahaha
     ok la tu je syg2 ku sekalian, bye..
*loveishard

tergolek jantung ku..!

as salam readers...
  nk cte sesuatu nih.. tarikh 18.01.2012 adlh salah satu tarikh yg menjadi sejarah dalam hidup saya la..ni pn sebab pertama kali saya berjumpa,  mak kpd mr. Z ni, wlupun bukan secara rasminya.. :)
   sebenarnya kejadian ni x dirancang pn.. berlaku terlalu pantas (cewah ayt :) tu yg cuak + gabra giles.
citenye sebenarnya cmni.. ktorg nk jmpe pn semata-mata sbb nk tuka hp. klmarin minta tolong dye betolkan hp saya yg da bengong tuu, n then da boleh so nk mtk balik la.. alkisahnya, mse dye nk amk kt skola tu dye igtkn saya blik awal kol 4, n plannya nk anta saya balik dan amk mak dye kt bnda. tu pn sbb mak dye mmg turun banda sbb  ade mesyuarat..
   so yg saya geram gler tu dye x ckp pape pn psl nk amk mak dye skli.. ape la salahnye dye ckp thn ktorg tuka je hp dlm kete jp, tp ni dye x inform pape pn.. :(
   lps bberapa minit tu adk dye ckp awek dye tumpang skli, so dlm fikiran saya ni mgkn la kot awek dye ade skli sbb mmg x mustahil la adk dye ade awek, so saya pn x kesah laa...selang bpe mnit tu dye suruh call mak dye,dlm ati ni trtanye2 jgk la.. 'eh mak dye ade skli ke?', 'amk mak dye ke?'. ha da mcm2 pk dani..
    dan jalan termudahnye saya tanye terus kt dye, dan dye jwb 'iyee'... peh ase nk gugur jntung ni, peluh2 da mke. dala blik dr program kt skola pstu tbe2 pulak dgr cmtu lg la cuak..smpai menggigil tgn ni haa.. hhahaa :D  
    sebenarnye x kesah pn klu blik naik bas skola ptg,ok jek sbb pena da naik bas ptg tu  cuma pnt ckt jela..tp dye tu yg dgl. alsan dye da trlepas da, nk wt cmne...ee ase cm nk cekik2 je, nseb baik...... ha klu x mmg da sekel da ple dye tuu...
   da bbrapa minit tggu nk dye kt surau banda tu nk dye pn kua la.. dan sbgai org yg hormat org tua (perasan >,< ) salam la tangan mak dye tu.. hehe..xtau dlm ati cmne an. sabarkan jela atii......
          dye pn da ckp ngn mak dye nk anta kwn blik n mak dye pn ok jekk... :) dlm perjalanan tu layankan aje mak dye, sbb saya ni mmg x peramah. sepatah org tnye saya jwb dlm due tiga apatah jela..hhuu... tp klu ade cte best2 ckp pnjang lebar pn boleh..klu ngn kwn2 lg la, asyik ketawa je x bnti2.hehe
   yg x boleh tahan tu mate sbnrnye da mengantuk sgt3 tp tahankan je sbb xkn la nk tido pulak.dala mak dye tu duduk sblh saya, kang x pasal sy lentok kt bahu dye kang. hahaa.. so jalan mudahnye tahan je mate wlau apepn berlaku..hehe
       dlm kol 6.40 tu da selamat smpai uma da.. dye kua jp salam ngn ayah, pastu bg buah pisang, byk jgk laa..rupanya dye nk sgt anta smpai uma tu sbb mmg nk bg pisang tu, dr kelmarin dye dtg nk bg tp lupa nk bwk so dye pn bwk la smlm bg skli.. x singgah masuk uma pn sbb ayah je ade, mk g uma mmbe dye..hahaa
    da salam2 bg buah tangan tu, sy pn salam la mak dye skli.. jmput dtg  uma lain kli,,hehe.. cm baik sgt je sy nikan? huuu...nseb baik mak dye tu cm okje, so xdela cuak sgt2.. boleh cver lg cuak tuu..hhe
       kesimpulannya, kami selamt smpai degn jayanya.. tp yg x boleh bla tu da pulang balik hp cage trtinggal dlm kete dye.. peh nseb baik la mak guna hp sony jgk, bleh pinjam.. tp tu xtau la ble nk jmpe blik amk cage tu sbb mggu dpn dye da blik kolej da.. emm nth la yek.
  dan scra kebetulannya, sy jmpe mr.Z pertma kali pd 18.06-2008 dan jmpe mak dye pertama kali pd 18.01.2012. ha nampak x permainan dye? ahhaa.. kebetulan pulak yek.. >,<
   cite ni pn sy story la kt MAREENA dan NABILAH, smgt je dyorg tu.. lg2 nabilah, yela dye pn ade mak mntuajgk, cuma blom jmpe je.. tp dyorg da sllu cntct, mcg la call la.. lain ngn cite sy ni x pena jmpe, xpena cntct lgsg.. tu pn asenye mak dye xtau kot psl hubungan ktorg, cuma mak dye tau la yg dye ade awek tp x pena knl la prempuannye yg mne satu.. tp lps jd smlm tu xtau la persepsi mak dye cmnee.. = ='
     k la tu je nk cite, pnjang lebar pulak cite kali nii..:D. ok bye syg2 sekalian..
*loveishard

i'm lovin it. :D

as salam readers..
   first of all, nk ucapkn thanks byk2 kt mareena rosli sbb  dah hadiahkan sy novel fiksyen 302 penulis kesayangan sy --> ramlee awang murshid .. :) thanks syg... sbnrnye mmg da lme nk sgt novel tu, awal2da kua tu pn mmg semangat sgt nk bli.. malangnye xde dwet. haha .. :D 
  dan yg beruntungnya sy dpt kwn yg memahami sy.. terharu sgt2 sbb x pena dpt adiah novel..
x sangke dye bleh bg. pdhal mle2 tu gurau jek. ckp kt dye best sgt2 klu org bg adiah novel utk brthday.. mmg syg sgt la kt org tu, cnfrm jge baik2 punye novel tuh.. pstu x smpai bpe ari dpt pulak..mmg x sgke sgt..
    dan bkn sy sorg je yg dpt novel, nabilah zakaria pn dpt jgk, tp x sme novel. dye dpt novel hani (yg dlm drama kt tv tuu.. :) dye pn nk sgt novel tu, dan direalisasikan oleh mareena..thank sgt2, xtau nk ckp cmne lg .. ske sgt2 >,< 


ni la cover dpn novel tuh. :)




ok tu jela nk cte.. cuma nk menghargai jasa baik kwn sy ni.. :)
   thanks yek.. k bye2
*loveishard

~ happy new year 2012 ~~:p

as salam readers...
    ok arini da msuk thun 2012..ase cm x cye jek kan? tp nk wt cmne mmg ari2 cpt je brlalu..:) 
so skrg kne la wt perubahan ckt kt diri ni.. :p asenye mmg byk yg aku kne buat. 
antaranya ialah :
   i) kne lbh berusaha utk STPM taun ni
   ii) smge dpt membahagiakan org2 di skeliling aku... >.<
   iii) kne lbh serius dlm apa jgk keadaan. x bleh main2 dah..t ask kne bodoh2kn org jek..hehhe
   iv) lbh semangat wt ape pn
   v) harap dpt wt org selesa ngn aku.. :)
   vi) dan aku akn doakan org  yg tersayang semoga sntiasa success dan ceria.. :p
   vii) dan jgk semoga kekal hubungan aku dan dye...heee.. >.<
em tu jela wt mse ni.. aku arp dpt la realisasikan sume tuu..hehe.
and i hope sume frens dpt tlg aku yee..:D
k la byee...
*loveishard